MOZZAELLA CHEESE

MOZZAELLA CHEESE
zamberi @ 012-5114841

Sunday, October 24, 2010

ASAL USUL KEJU

ASAL USUL KEJU @ CHEESE

Keju atau Cheese ini sebenarnya tercipta ada zaman sebelum Masihi lagi. Ianya tercipta secara tidak sengaja oleh pedagang-pedagang Arab yang sering berulang-alik dengan unta di padang pasir. Pedagang-pedagang ini sering berhijrah dari satu tempat ke satu tempat dalam kelompok yang besar. Dan satu-satunya kenderaan yang terdapat pada masa itu dan juga sesuai dengan keadaan muka bumi yang berpadang pasir serta panas ialan UNTA. Unta-unta ini digunakan sebagai kenderaan tunggangan dan juga untuk membawa barang dagangan serta keperluan lain.

Oleh kerana jarak perjalanan yang panjang, terdapat unta yang bunting dan melahirkan anak semasa dalam perjalanan ini. Dan kerana faktor cuaca yang terlalu panas, terdapat anak-anak unta yang baru dilahirkan ini mati atau kurang sihat. Ada juga yang disembelih untuk dijadikan bekalan makanan semasa perjalanan ini. Kulit haiwan tersebut dijadikan selimut atau hamparan untuk tidur dan perut keempatnya ( orang sekarang sebut perut masam ) dijadikan kantung untuk minuman. Untuk makluman, unta mempunyai 4 perut iaitu Rumen, Reticulum, Omasum dan Abomasum sama seperti lembu, kerbau, kambing dan bebiri. Dan perut yang keempat inilah dijadikan kantung untuk mengisi minuman oleh pedagang-pedagang Arab itu. Kantung atau perut keempat anak tesebut sebenarnya mempunyai sejenis bakteria @ EM yang mana tugasnya untuk merapatkan @ mengentalkan molekul susu yang diminum dari ibu haiwan itu. Ianya juga berfungsi untuk mengasingkan antara molekul air dan susu yang diminum. Ini yang menyebabkan perut anak tersebut kenyang dan padat. Bagi ibu-ibu unta yang baru melahirkan anak, susu yang dihasilkan adalah banyak. Oleh itu para pedagang Arab tersebut akan memerah susu ibu Unta itu dan diisikan didalam kantung @ perut anak yang disembelih tadi.

Nah.....bermulalah proses keju @ cheese itu. Susu yang diisi dalam kantung tadi akan bertindakbalas dengan bakteria @ EM yang sediada dalam perut masam itu tadi. Air yang diasingkan akan naik kepermukaan atas manakala pati susu itu akan terhasil dibahagian bawah dan mula membeku. Proses ini juga dipengaruhi faktor cuaca padang pasir yang terlalu panas. Para pedagang Arab tersebut tidak perasan perkara ini kerana mereka hanya akan meminum air yang terbentuk dibahagian atas kantung sehinggalah air itu habis dan tinggal lapisan lemak susu yang tepu sahaja dalam kantung itu. ITULAH KEJU @ CHEESE.                   


2 comments:

  1. Insyallah...akan berada dipasaran Mozzarella Cheese pada awal tahun 2011. !00% home made termasuk Rennet yang menjadi kemusykilan kita selama ini.

    ReplyDelete
  2. Setelah menyepi hampir 2 tahun dalam bidang pembuatan keju, kini kembali dengan transformasi baru.

    ReplyDelete